Restoran Nasi Kandar Jamal Mohamed Butterworth ditutup sementara

0
2

NASI Kandar Jamal Mohamed cawangan Butterworth terpaksa ditutup buat sementara selepas dua pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Pengurusannya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata, pada 4 November lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat seorang pelanggan restoran itu positif Covid-19.

Katanya, susulan itu, KKM telah membuat pemeriksaan saringan terhadap tujuh orang pekerjanya.

“Hasil daripada ujian tersebut, pada 16 November (semalam) dua daripada tujuh pekerja kami didapati positif wabak itu akibat dijangkiti oleh pengunjung tersebut.

“Lanjutan daripada itu, premis kami terpaksa ditutup sementara waktu bagi memberi laluan kepada saringan kontak rapat, proses sanitasi dan nyahkuman. Penutupan bermula 16 November sehingga dimaklumkan kelak,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penutupan hanya membabitkan cawangan Butterworth sahaja. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here