Baru nak anjur, kenapa kalut – Annuar

0
3

Fitri Nizam

TAKKAN cadang pun tak boleh? Soal Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Tampil memperjelaskan kenyataannya pagi tadi, Annuar berkata apa yang dikatakannya baru di peringkat cadangan.

Katanya, beliau ingin menganjurkan satu gabungan besar antara parti-parti politik di negara yang tidak sehaluan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Saya ulang ya….Saya ingin menganjurkan satu gabungan besar, A GRAND COALITION.

“Baru nak anjur, kenapa ada yang kalut? Cadang pun tak boleh?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh itu dilaporkan berkata negara memerlukan pembentukan suatu ‘Gabungan Besar’ yang melibatkan sekurang-kurangnya 12 hingga 13 parti politik sealiran, demi penyatuan ummah.

Beliau berkata, usaha penyatuan ummah harus menjadi tanggungjawab utama dan berterusan kerana sudah terlalu lama politik negara hanya berlegar di sekeliling dua tiga personaliti dan bukan atas dasar perjuangan.

“Sudah berkali-kali politik nasional cuba diseret kerana mempertahan atau menentang individu. Cukup-cukuplah,” katanya.

Beliau turut mencadangkan untuk membawa bersama parti bebas atau yang menolak Pakatan Harapan (PH) seperti Parti Warisan Sabah (Warisan), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan beberapa lagi parti politik bebas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here