PKPD di KL ditentukan KKM

0
3

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menentukan sama ada perlu atau tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan kenaikan kes positif Covid-19 harian yang meningkat secara mendadak di ibu negara.

Bagaimanapun, katanya perkara itu akan ditentukan oleh KKM yang akan menilai keperluan bagi menguatkuasakan PKPD di sesebuah kawasan.

“Sebagaimana keadaan di Selangor yang sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi apabila berlaku peningkatan kes di kawasan tertentu, misalnya baru-baru ini di Sepang, kita memutuskan pelaksanaan PKPD.

“Begitu juga dengan Kuala Lumpur, sekiranya setelah dibuat penilaian risiko berdasarkan kes yang ada dan kebarangkalian jangkitan, KKM akan mencadangkan perkara ini kepada sidang khas MKN,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa setakat hari ini tiada lagi kawasan di Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD.

“Setakat ini tidak ada lagi PKPD di kawasan tertentu di Kuala Lumpur, semua masih dalam PKPB,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here