Misha Omar tak ganti Siti pada separuh akhir Muzik-Muzik 35

0
3

PENYANYI Misha Omar membuat pengakuan bahawa dirinya bukan penyanyi yang bakal menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza di separuh akhir Muzik Muzik 35, pada 21 November ini.

Menerusi jawapan di ruangan pertanyaan dalam ‘Insta Story’ miliknya, Misha, 38, berterima kasih kerana ada peminat yang berharap untuk dia menyanyikan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ dendangan penyanyi nombor satu negara itu.

Selain itu, Misha juga berharap selepas pengakuan yang dibuat tersebut, peminatnya tidak lagi berteka-teki tentang persoalan adakah dirinya yang akan menggantikan penyanyi itu.

“Malangnya bukan Kak Mitch yang bakal menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Harap kenyataan ini akan melegakan hati awak. Cuba lagi, cuba teka orang lain.

“Bukan Kak Mitch. Jadi, boleh teka orang lain. Kalau itulah harapan awak, terima kasih,” katanya.

Terdahulu, peminat industri hiburan masih tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan Siti setelah penyanyi tersohor itu mengambil keputusan berehat selepas melancarkan album terbaharunya, ManifestaSITI2020.

Selain lagu Aku Bidadari Syurgamu, karya kolaborasi Siti Bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta, 7 Nasihat turut tercalon.

Rancangan separuh akhir Muzik Muzik 35 akan berlangsung pada 20 hingga 22 November ini dan akan bersiaran tanpa penonton seperti program siaran langsung yang lain. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here