Suami isteri temui ‘sampah’ bernilai lebih RM2 juta

0
3

PASANGAN suami isteri terkejut apabila menemui koleksi mainan Star Wars dianggar bernilai $525,000 (RM2.1 juta) dalam plastik sampah.

Memetik laporan The Times, barang tersebut dikumpul selama sedekad dan ditinggalkan jiran mereka yang telah meninggal dunia.

Pasangan dari Stourbridge di tengah England itu tidak mengetahui tindakan yang perlu dilakukan terhadap barang tersebut seperti koleksi patung dan kapal angkasa.

Susulan itu, anak daripada pasangan tersebut memanggil seorang pembida di mana dia menjumpai barang Star Wars yang sangat bernilai dan nostalgia termasuk patung aksi yang masih di dalam bungkusan.

“Kami mempunyai ramai peminat di seluruh dunia dan berharap memperoleh jualan yang baik,” kata Aston kepada The Times.

Malah, tukul yang dikenali Star Destroyer Commander merupakan salah satu daripada contoh yang diketahui masih dalam bungkusan dan dijual dengan harga $42 000 (RM172,000).

Palitoy Jawa yang masih di dalam bungkusan turut dipercayai hanya terdapat 10 set di dunia di mana memperolehi €27,280 (RM147,000) termasuk bayaran servis.

Satu set yang terdapat lapan patung asli dari “Return of Jedi” yang berharga €1.59 (RM8.62) bagi setiap satu dijual pada 1980-an tetapi harga kini meningkat dan berjumlah €1400 (RM7,593).

Dari topi Storm Trooper hingga aksesori mata R2D2, sejarah daripada salah satu francais filem terbesar di dunia memperoleh hasil yang sangat mengejutkan selepas dilelong.