‘Power first’, rakyat kemudian – Shahrir

0
2

VETEREN Umno, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mementingkan kuasa daripada rakyat.

Beliau berkata, Bersatu dilihat seakan tidak berminat dengan perbahasan Bajet 2021 sebaliknya lebih menumpukan kepada survival politik parti itu.

“Bajet dan perbahasan di Dewan Rakyat macam dijadikan suatu untuk mengalih perhatian mereka yang serius membicarakan soal kelangsungan rakyat dan negara yang terancam oleh wabak Covid-19 sambil Bersatu dan PAS merancang mengukuhkan Perikatan Nasional (PN). Mengapa ya?.

“Simple je (Mudah sahaja). Bajet 2021 dan Dewan Rakyat tidak akan menjamin kelangsungan Bersatu.

“Tapi bersama PAS dalam PN, Bersatu difikirkan lebih mampu ‘survive another day’ dari mengharapkan kepada Bajet 2021 mendapat sokongan Dewan Rakyat,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Shahril turut ‘menyindir’ pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya PN.

“Power first! Rakyat kemudian
Tambah lagi Azmin Ali diterima juga oleh PAS untuk mengatur strategi politik pada PRU-15.

“Kan PAS pun hebat, mengakui akan ketokohan Azmin dan Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainuddin),” katanya.

Terdahulu, Majlis Tertinggi PN hari ini memaklumkan pelantikan Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya PN bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya gabungan itu.

Selain itu, Majlis Tertinggi PN turut bersetuju sebulat suara menubuhkan Badan Perhubungan Negeri PN di setiap negeri bagi memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Pengerusi Badan Perhubungan Negeri juga akan dilantik bagi mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri. -Malaysiapost