Ganggu tidur, anak pukul ibu hingga mati

0
2

[Jenayah] Marah dikejutkan ketika tidur, seorang anak tergamak memukul ibunya hingga mati di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 70-an pulang ke rumah sebelum masuk ke bilik anaknya untuk mengejutkan lelaki itu yang sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata usaha warga emas itu mengejut anaknya mencetuskan pergaduhan sebelum mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras sebelum didapati tidak sedarkan diri.

“Anggota polis ke lokasi selepas menerima panggilan daripada anak saudara mangsa yang mengatakan ibu saudaranya didera. Anggota polis kemudian menemui wanita itu dalam keadaan kaku di sofa,” katanya seperti dilaporkan BH.

Menurut, pemeriksaan mendapati mangsa cedera di tangan, mata selain kesan darah di kedua-dua kaki serta luka di kepala.

Susulan kejadian itu, polis menahan anak lelaki mangsa dan suspek juga didapati positif dadah jenis ganja dan heroin.

“Suspek direman sehingga 15 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.