Muhammad Mustakim Ramli
BINTANG Harimau Malaya yang kini berada di Portugal, Safawi Rasid seolah-olah ‘melepaskan rindu’ apabila menghubungi bekas sepasukan di Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi ‘live Instagram’ malam tadi.
Antara yang bersiaran langsung bersamanya adalah tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan dua pemain muda, Ramadhan Saifullah serta Akhyar Rashid.

Menerusi perbualan bersama Aidil, Safawi memaklumkan ketika ini dia tinggal di hotel berdekatan pusat latihan dan stadium.
Di turut menunjukkan kawasan persekitaran hotel yang berada bersebelahan dengan pusat akademi Portimonense.
“Masak… kadang-kadang makan bawah bang.. tukang masak dia orang sediakan,” katanya menjawab persoalan Aidil sama ada dia memasak sendiri atau sebaliknya.

Menerusi perbualan bersama Ramadhan, di mana Akhyar turut serta, terpacar senyuman serta gelak tawa sepanjang ‘live’ berkenaan.
“Dekat sana ada keropok lekor tak?,” tanya Akhyar yang kemudian dijawab pemain berusia 23 tahun itu yang dia sukar mendapatkan makanan di sana.
Antara yang dibualkan mereka berkaitan latihan bola sepak, potongan rambut terbaru Safawi serta mengenai cara meraikan gol. – Malaysiapost

