Hafizh Syahrin sertai NTS RW Racing GP

0
2

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal bersama pasukan NTS RW Racing GP untuk musim baharu tahun depan.

Pengurus pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen berkata Hafizh, 26, menyertai pasukan itu bersama pelumba Belgium berusia 16 tahun, Barry Baltus.

“Kami bangga dan gembira telah menandatangani Hafizh, yang bukan hanya pelumba berpengalaman dan berbakat, malah seorang yang sangat baik.

“Kami semakin kuat dan lebih baik setiap minggu, tetapi kami masih membangunkan motosikal kami.

“Input dan maklum balas penunggang seperti Hafizh sangat penting dalam proses itu,” katanya dilaporkan rwracinggp.com.

Hafizh pula menyatakan rasa gembira kerana kekal di saingan Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP.

“Saya tahu berapa banyak usaha yang diperlukan bersama jentera baharu, tetapi saya percaya dengan projek ini.

“NTS dan pasukan telah banyak meningkatkan motosikal dalam masa yang agak singkat, langkah demi langkah.

“Saya harap, dengan pengalaman saya, kami dapat membuat langkah besar. Saya yakin kami dapat melakukan kerja yang baik bersama-sama,” katanya.

Hafizh mengakui tidak berada pada tahap terbaik pada musim ini, namun sangat gembira dan bersyukur dengan keyakinan oleh NTS RW Racing GP. – Malaysiapost

Hafizh Syahrin menyertai pasukan NTS RW Racing GP bagi saingan Moto2