Terkini: Dua helikopter bertembung di udara

0
3

HELIKOPTER yang terhempas berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati hari ini, dipercayai bertembung dengan sebuah helikopter lain.

Susulan kejadian itu, dua mangsa meninggal dunia manakala dua lagi termasuk seorang wanita terselamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 11.46 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas.

“Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Dua mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan bomba masih menjalankan operasi di lokasi kejadian manakala mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses selanjutnya. – Malaysiapost