Fitri Nizam
DI sebalik tumpuan rakyat terhadap Belanjawan 2021, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kes positif Covid-19 harian tertinggi apabila 1,755 kes baharu direkodkan hari ini.
Mengumumkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham abdullah, berkata kes tertinggi dicatatkan di Sabah dengan jumlah terbesar iaitu 1,199 kes.
Katanya, terdapat peningkatan mendadak daripada penjara dan pusat tahanan sementara di Sabah.
“Sebanyak 564 kes dicatatkan iaitu Penjara Sandakan (184), Pusat Tahanan Sementara Tawau (372) dan Penjara Kepayan (8),” katanya hari ini.
Beliau berkata, terdapat 192 kes dikesan di Pulau Pinang, 164 kes di Selangor, 69 kes di Labuan dan 45 kes di Negeri Sembilan.
Katanya, terdapat dua kematian dilaporkan hari ini dengan jumlah kes di Pusat Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 83 dan 32 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Selain itu, terdapat tiga kluster baharu dikesan sementara tiga kluster tamat,” katanya. – Malaysiapost

