Lelaki ‘viral’ diikat kaki, tangan adalah pegawai polis

0
3

SEORANG lelaki yang terbaring dengan keadaan kaki dan tangan berikat dalam video tular baru-baru ini, adalah pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pegawai terbabit diperlakukan sedemikian kerana dipercayai cuba mencuri kereta di Kelana Jaya, Selangor.

“Kita sedang mengesan individu yang menangkap pegawai berkenaan untuk siasatan lanjut. Tidak wajar pegawai itu diperlakukan sebegitu.

“Ketika ini, pegawai berkenaan menghadapi masalah tekanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital,” katanya pada seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, beberapa gambar dan sebuah video berdurasi seminit 31 saat tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki tidak berbaju diikat di tangan serta kaki selepas dipercayai cuba mencuri sebuah kereta. – Malaysiapost