RM1 bilion bendung gelombang ketiga Covid-19

0
2

Fitri Nizam

[Belanjawan] KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi membendung gelombang ketiga Covid-19 untuk tahun 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata peruntukan itu antaranya merangkumi :-

Pertama: RM475 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kedua: RM318 juta bagi penyediaan peralatan PPE dan hand sanitiser kepada petugas barisan hadapan KKM.

Ketiga: RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi Covid-19.

Keempat: RM50 juta bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.

Kelima: Menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP norma baharu.

Beliau berkata, bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan, kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota yang dijangka memanfaatkan 100 ribu petugas kesihatan. – Malaysiapost