KWP perkenal kedai runcit dalam 30 bas tak terpakai

0
2

KEMENTERIAN Wilayah PERSEKUTUAN (KWP) akan memperkenalkan ‘kedai runcit di dalam bas’ di bawah Program Usahawan Muda Kota.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa, berkata
inisiatif baharu dengan kerjasama sebuah syarikat bas tempatan itu, diperkenalkan bagi membantu warga kota yang terjejas akibat penularan Covid-19.

“Kita sedar ramai yang sumber pendapatannya terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

“Insya-Allah, kajian lokasi dan konsep telah siap untuk 30 bas yang tidak terpakai yang akan diubah suai menjadi kedai runcit di bawah program Usahawan Muda Kota,” katanya di Facebook, hari ini.

Difahamkan, program berkenaan menyediakan lebih 1,000 kios di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya khusus kepada mereka yang berminat berniaga termasuk individu yang hilang pekerjaan. -Malaysiapost