Tiada sebab untuk berdebat dengan Najib – Tun M

0
2

TIADA sebab untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak sekarang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, segala tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu telah terbukti benar oleh mahkamah.

“Tiada sebab untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian terhadap satu laporan portal berita yang melaporkan bahawa Ahli Parlimen Pekan itu mencabarnya untuk berdebat.

Najib baru-baru ini dilaporkan menjawab komen yang diberikan pengguna Facebook dengan berkata beliau bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan Dr Mahathir.

“No problem. Masa saya PM, dia ajak debat saya tak mahu. Masa dia PM7, saya ajak debat dia tak mahu.

“Sekarang kita berdua bukan lagi PM, kita boleh debat jika dia mahu. Anytime!,” katanya.

Bagaimanapun, carian Malaysiapost di hantaran yang dimaksudkan itu sudah tidak dijumpai. -Malaysiapost