SUASANA pilu menyelubungi pekarangan rumah mayat Hospital Kampar, Perak ketika ahli keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Malim Nawar – Kota Bharu dekat Gopeng, berkumpul pagi tadi.
Paling menyayat hati apabila isteri mangsa, Shamshira Mohd Norizin, 31, menangis selepas melihat mayat arwah suaminya, Hafize Nizam Ali Supian, 30.
Beberapa ahli keluarga turut tidak dapat menahan sebak melihat Shamshira menangis kerana turut kehilangan dua anak.
Kelihatan Shamshira cuba ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga.
Dalam kejadian jam 10 malam tadi, 10 malam tadi, mangsa yang maut, pemandu, Hafize Nizam Ali Supian, 30, dan dua anak lelakinya, Mohammad Afif Rafiqi, 9, dan Arrian Nuh, 6.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila treler dipandu mangsa dari arah Kota Bharu menghala Malim Nawar terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik serta besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.
Hasron berkata, susulan itu ketiga-tiga mangsa tersepit dengan kecederaan parah dan maut di tempat kejadian. – Malaysiapost


