Duta AS amat tak setuju dengan Dr Mahathir

0
2
KUALA LUMPUR 14 FEBRUARI 2018. Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir di Balai Berita NSTP, Jalan Riong. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

DUTA Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir ‘amat tidak bersetuju’ dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan isu Perancis.

Menerusi kenyataan dua peranggan, Kamala mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan rakyat Perancis susulan insiden serangan di Nice dan Paris.

“Saya sangat tidak setuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir baru-baru ini. Kebebasan bersuara adalah satu hak, tetapi bukan seruan kepada keganasan,” katanya.

Semalam, bekas Perdana Menteri itu membidas Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan menyifatkan beliau sebagai seorang sosok yang tidak bertamadun.

Kata Dr Mahathir, Macron bersikap primitif kerana menuduh orang Islam terlibat dalam pembunuhan guru yang menghina Islam, malah beliau turut menegaskan tindakan membunuh bukan ajaran Islam.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, sejarah juga membuktikan bahawa orang Perancis pernah membunuh jutaan manusia, ramai mangsanya terdiri daripada orang Islam.

“Orang Islam berhak untuk marah dan bunuh orang Perancis bagi membalas pembunuhan mereka pada masa lampau, tetapi orang Islam tidak pernah mengamalkan peraturan sedemikian,” katanya menerusi catatan di blognya. – Malaysiapost

Foto Kredit: NSTP