Warga emas pandu kereta lawan arus

0
2

SEORANG lelaki warga emas mencetuskan rasa cemas apabila memandu kereta secara melawan arus di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang, tindakan pemandu berusia 73 tahun itu turut mengakibatkan dua kemalangan di lebuh raya terbabit.

“Sebuah kereta Honda City terbabas dan terbalik kerana cuba mengelak kereta Perodua Kelisa yang dipandu suspek di kilometer (KM) 3.1 menghala ke pusat bandar Shah Alam.

“Kereta yang dipandu suspek kemudian melanggar sebuah Perodua Myvi di KM6.6 lebuh raya terbabit.

“Pemandu kereta Honda City yang cedera telah dibawa ke sebuah hospital swasta manakala suspek dan pemandu Perodua Myvi pula tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharudin berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Sek 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu. – Malaysiapost