Kisah si pemandu teksi buat Ebit Liew sebak

0
3

Fitri Nizam

PENDAKWAH bebas, Ebit Liew sebak mendengarkan kisah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ golongan pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berkongsikan kisah sayu kehidupan golongan itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36, berkata ada antara mereka hanya meraih pendapatan RM80 seminggu.

Berdasarkan perkongsian Ebit, golongan pemandu teksi lapangan terbang semakin hari semakin tersepit sejak Mac lalu, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa berikutan penularan Covid-19.

“Sebulan ada yang dapat RM400 macam itu pun ada. Sebelum ini langsung tiada.

“Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung. Tujuh bulan dah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ebit berkata, walaupun terhimpit namun mereka masih tidak berputus asa untuk kelangsungan hidup masing-masing.

“Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer (penumpang). Jika ada, tunggu barisan.

“Bila abang-abang ini menangis saya makin sebak. Syarikat membantu dengan tidak caj kereta dan ada juga beri bantuan makanan,” katanya.

Ebit turut mengingatkan semua pihak untuk sentiasa ambil tahu hal rakan-rakan sekeliling dan memberikan bantuan mengikut kemampuan. – Malaysiapost