Tanpa MN, tiadalah PN – Nik Abduh

0
3

Fitri Nizam

NEGARA perlukan Muafakat Nasional (MN) demi kesejahteraan bersama, tanpanya, tiadalah Perikatan Nasional (PN), kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.

Beliau turut menyuarakan keyakinannya terhadap seluruh pemimpin Umno dan PAS akan terus menjunjung MN yang diikat kukuh dengan nama Allah.

“Jika ada pemimpin yang cuba merosakkannya, maka saya yakin, seluruh ahli dan penyokong PAS dan Umno akan segera menolak, bahkan membuangnya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Nik Abduh berkata, kekeliruan yang berlaku tidak boleh menjadi punca dan alasan untuk kepanasan, kemarahan mahu pun kebencian.

“Ia adalah ujian daripada Allah yang bertujuan menguji kekuatan dan kesabaran para hamba-Nya yang dirahmati.

“Tumpu kepada penyatuan, pemurnian dan kesepakatan. Hindari wasangka dan keraguan sesama sendiri. Kenali tipudaya musuh,” katanya. -Malaysiapost