Ahli Parlimen BN sedia sokong Anwar tanpa DAP

0
3

Aiman Hanif

ADA Ahli Parlimen BN yang menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang.

Menurut sumber dalaman yang enggan nama Ahli Parlimen berkenaan didedahkan, perkara itu diluahkan pada sesi perkongsian pandangan yang berlangsung.

Sokongan itu disuarakan Ahli Parlimen BN sebagai alternatif bagi meleraikan kemelut politik negara ketika ini.

“Ada Ahli Parlimen BN menyuarakan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Bagaimanapun Ahli Parlimen BN berkenaan menyuarakan sokongan kepada Anwar tanpa DAP,” katanya kepada Malaysiapost.

Terdahulu Ahli Parlimen BN dari Umno, MCA dan MIC berkumpul di PWTC selepas keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat bagi mengawal penularan Covid-19.

Pertemuan yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi Jemaah Penasihat, Tengku Razaleigh Hamzah, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Perbincangan juga dikatakan turut membincangkan tentang pendirian sokongan BN kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- Malaysiapost