Nurul Huda Abhar
APAKAH yang boleh berlaku di atas keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menolak cadangan perlaksanaan darurat kesihatan Covid-19.
Pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, walaupun bahasa yang digunakan dalam pengumuman kenyataan Istana Negara adalah beradab, tetapi dari sudut Perlembagaan maksudnya jelas.
“Ia satu nasihat yang penting oleh Perdana Menteri telah ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Maka sebaiknya dan sejujurnya tindakan terhormat dan terbudiman yang patut dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri adalah untuk meletakkan jawatan.
“Kerana bukan soalan berkaitan dengan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti di Parlimen itu sudah menjadi soalan yang kedua.
“Soalan utama sekarang dengan keputusan Istana bermaksud Muhyiddin telah hilang keyakinan di Istana,” katanya dalam kenyaaan semalam.
Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong tidak lagi boleh dianggap sebagai menerima nasihat daripada Perdana Menteri.
Justeru, katanya, walaupun bahasa yang digunakan adalah bahasa Istana yang tidak mungkin akan menyatakan Muhyiddin secara khusus di dalam situ.
Katanya, tetapi itulah adat dan konvesyen berkait dengan suatu kerajaan demokrasi Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan.
“Walhal jika dirujuk kepada satu lagi pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja-raja bagi pihak ke semua sultan dan raja, bahasa yang digunakan di situ agak jelas dan berbeza.
“Di mana ke bawah duli Sultan dan Raja mengatakan bahawa semua pihak tidaklah boleh menyalahgunakan kuasa dan wajib mematuhi Perlembangaan dan kedaulatan undang-undang
“Gabungkan kedua-dua kenyataan ini bagi saya tidak ada pilihan lain Muhyiddin wajar meletak jawatan secara serta merta , secara seorang budiman,” ujarnya.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla adalah peguam kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan telah berkhidmat selama 19 tahun bersama Majlis Peguam Malaysia. -Malaysiapost

