AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menerima pelantikannya sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN).
Menteri Luar itu berkata, beliau menerimanya dengan penuh rendah hati, atas dasar tanggungjawab serta penghormatan yang tidak berbelah bahagi terhadap setiap parti komponen BN.
“Saya sedar, ini merupakan amanah besar yang mesti digalas dengan ikhlas dan sepenuh hati.
“Insya-Allah, saya akan berusaha sedaya upaya membalas kepercayaan ini demi kepentingan BN terutama dalam usaha mengukuhkan kepercayaan rakyat.
“Saya berdoa, agar segala urusan dalam memikul amanah ini dipermudahkan Allah,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Pelantikan Hishammuddin diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

