11,000 anak ayam rentung

0
2

SEORANG penternak mengalami kerugian apabila 11,000 ekor anak ayamnya rentung dalam kebakaran sebuah reban di Pekan Gurney, Sitiawan di Perak awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.35 pagi, sebelum 34 anggota bersama dua jentera dan sebuah van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, sebahagian reban tersebut telah hangus dan reban itu dibina sepenuhnya dengan kayu, menyebabkan api lebih senang marak dan merebak.

“Bagaimanapun, bomba berjaya mengawal kebakaran dan hanya 50 peratus daripada reban tersebut berjaya diselamatkan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya jam 9.45 pagi tadi,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Mohd Zaki berkata, punca kejadian dan kerugian sebenar masih lagi disiasat. – Malaysiapost

Foto Kredit: suaraperak.com