Covid-19: Kampung Anjung Teduh pula kena PKPD

0
2

Fitri Nizam

KERAJAAN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah berkuat kuasa 24 Oktober hingga 6 November.

Pelaksanaan PKPD ini melibatkan 544 unit rumah meliputi seramai 4,629 penduduk.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, semua penduduk tidak dibenarkan meninggalkan kawasan kampung atau menerima kunjungan orang luar.

“Bagaimanapun, kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran iaitu membenarkan kedai runcit di dalam kampung itu beroperasi daripada jam 6 pagi hingga jam 6 petang.

“Kerajaan menyediakan barangan keperluan kering untuk diberikan kepada penduduk namun seperti semua sedia maklum barangan keperluan lain masih diperlukan mereka seperti lampin bayi dan sebagainya,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, kelonggaran juga diberikan kepada mereka untuk keluar membabitkan kes kecemasan seperti kematian, kemalangan dan beberapa lagi. -Malaysiapost

Foto Kredit: malekha.blogspot.com