PEMAIN muda berbakat, Ramadhan Saifullah menandatangani kontrak lanjutan bersama juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perkara ini diumumkan oleh JDT menerusi laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers.
Selain Ramadhan, beberapa pemain lain turut menandatangani kontrak lanjutan.
Antaranya, Aidil Zafuan, Hazwan Bakri, Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid dan beberapa pemain dari JDT II seperti Syazwan Andik dan Arif Aiman Hanapi.
Nama Ramadhan mula menjadi bualan peminat setelah pemain berusia 19 tahun itu menampilkan prestasi cemerlang di posisi sayap sejak saingan Liga Super disambung pada Ogos lalu. -Malaysiapost

