PEMAIN natrulisasi negara, Mohamadou Sumareh membuktikan bisanya di Thailand apabila menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya bersama Police Tero.
Walaupun hanya aksi persahabatan, jaringan itu dilihat sebagai petanda baik bagi bekas pemain Pahang itu menyesuaikan diri bersama pasukan barunya.
Dalam aksi menentang kelab Thai League 2, Uthai Thani FC, skuad bimbingan Rangsan Viwatchaichok memenangi perlawanan dengan keputusan 4-3.
Gol Police Tero diperoleh menerusi dua jaringan penyerang, Arthit Boodjinda dan masing-masing satu gol dijaringkan oleh Nattaphol Sukchai dan Sumareh.
Pada perlawanan Thai League 1 akan datang, Police Tero akan menentang Muangthong United di laman sendiri dan Sumareh mungkin diturunkan pada perlawanan yang akan berlangsung Ahad ini. – Malaysiapost

