Pedih tapi perlu – Mohd Puad

0
3

PEMECATAN bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai satu tindakan yang pedih, namun perlu dilakukan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan yang dibuat dalam mesyuarat MKT malam tadi juga adalah pembersihan parti.

“Pembersihan total dilaksanakan. Pedih tetapi perlu. Dipecat ialah KJ dan Noh Omar. Digantung enam tahun Datuk Seri Hishamuddin, Fathul Bahri, Shahril Hamdan, Maulizan Bujang dan Salim Sharif.

“Semuanya atas cadangan Lembaga Disiplin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mohd Puad berkata, beliau akan mengulas lebih lanjut mengenai pemecatan dan penggantungan berkenaan hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan memaklumkan mengenai pemecatan Noh dan Khairy.

Beliau turut mengumumkan ahli Umno yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here