Apa cerita RCI Tommy Thomas? – Mohd Puad

0
3
puad zarkashi

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, diminta berkongsi mengenai perkembangan terkini Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan membabitkan buku penulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata walaupun penubuhan RCI itu baharu dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 11 Januari lalu, namun perkara itu sudah lama dibangkitkan.

“Memang baru lagi. Tetapi isu ini sudah lama. Diharap Azalina kongsi status terkini. Saya desak penubuhan RCI sejak 2021 lagi.

“Semoga tiada penangguhan. Ramai jadi mangsa. Tahan paspot tersangka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, turut mendakwa konco-konco bekas Peguam Negara itu juga masih berada dalam sistem perundangan negara, manakala bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib masih dinafikan hak.

Jemaah Menteri pada 11 Januari lalu bersetuju menubuhkan RCI bagi meneliti secara menyeluruh Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan Dalam Buku tulisan Tommy bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’.
Media sebelum ini melaporkan, Pasukan Petugas Khas berkenaan mengesyorkan Tommy disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here