Kecewa nyanyian sendiri, Sissy Iman batal lancar album Februari ini

0
2

EPISOD kecewa Sissy Iman di pentas Famili Duo malam Ahad nampaknya berlarutan sehinggakan penyanyi itu mengambil keputusan membatalkan pelancaran albumnya pada Februari ini.

Pemilik nama sebenar Sissy Iman Mohammad Kamil, 28, berkata keterujaannya untuk melancarkan album terbaharu yang dirakamkan di studio Abbey Road, London ternyata hilang.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Sissy berkata album tersebut telah pun siap dan hanya tinggal mahu mengirimkan jemputan kepada beberapa rakan rapat.

“2 Februari adalah hari sepatutnya Sissy lancar merchanside untuk album yang saya rakam tahun lepas di Abbey Road.

“Fizikal CD dah selesai cetak, kita tengah cetak mug, baju dan beberapa merchandise yang lain. Kita siap rancang nak kumpul rakan-rakan media dan kawan-kawan rapat untuk buat sidang media kongsikan album yang Sissy buat penuh kasih sayang ini.

“Tuhan sahaja tahu betapa terujanya saya untuknya. Tetapi keterujaan itu mungkin sudah hilang sekarang ini.

“Pagi tadi bangun bila nampak CD ini Sissy rasa tak boleh tengok,” tulisnya dalam hantaran itu hari ini.

Persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu jampi nyanyian asal Heal Hussaini menerima komen pedas juri Mas Idayu yang menyifatkan mereka berdua gagal membawa lagu tersebut dengan baik.

Komen lantang Mas Idayu yang disiarkan secara langsung malam tadi ternyata membuat Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata di hadapan penonton.

Menerusi komen itu, Sissy berkata dirinya gagal memberikan persembahan cemerlang dan sedar terdapat banyak kelemahan dari segi nyanyiannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here