Ingkar PKPP: 649 individu ditahan semalam

0
3

Fitri Nizam

SERAMAI 649 individu ditahan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan sebahagian besar kesalahan adalah tidak memakai pelitup muka.

Daripada jumlah itu, seramai 606 individu dikompaun manakala 43 lagi direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata seramai 213 individu dikompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Selain itu, beliau berkata, seramai 151 individu dikenakan tindakan kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal.

“Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (67), aktiviti di pusat hiburan (75) dan lain-lain (143),” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, seramai 92 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan empat kenderaan darat dirampas dalam Ops Benteng yang dijalankan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, Rejimen Pertama Kor Armor Diraja telah berjaya menangkap 26 PATI di Kolam Udang Agriculture, Johor Bahru, Johor,” katanya. -Malaysiapost