Kes SRC : Rosmah hadir ke mahkamah pagi ini

0
2

DATIN Seri Rosmah Mansor dilihat memasuki pintu masuk utama Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya jam 9.30 pagi tadi.

Isteri Datuk Seri Najib Razak itu hadir bagi mendengar prosiding permohonan terakhir bekas Perdana Menteri tersebut berhubung semakan semula keputusan sabitan, hukuman dan denda dikenakan terhadapnya berkaitan penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Kenderaan dipercayai membawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilihat tiba pada jam 8.50 pagi di Istana Kehakiman, Presint 2, lapor Sinar Harian.

Sekumpulan penyokong dilihat berada di pekarangan Istana Kehakiman sejak jam 7.40 pagi lagi bagi memberi sokongan terhadap Najib atau dikenali sebagai ‘Bossku’.

Sementara itu, pihak keselamatan terus memperketatkan kawalan di dalam dan luar mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menetapkan 19, 20 dan 26 Januari untuk mendengar permohonan Najib bagi menyemak sabitan dan hukuman kes tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here