Zahid sedia lawan KJ?

0
2

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan kesediannya untuk dicabar pada pemilihan parti kali ini.

Menerusi video di IntagramStory, bekas Menteri Kesihatan itu memaklumkan perkara itu dinyatakan sendiri Ahmad Zahid kepadanya ketika ‘bertembung’ pada Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU 2022), sebentar tadi.

Justeru, Khairy berkata, beliau menghormati keberanian Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang menyatakan ‘ready to fight’, iaitu merujuk kepada pemilihan parti kali ini.

“Alhamdulillah pagi tadi saya telah bertembung dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan sambil saya salam dengannya beliau sebut ‘ready to fight’.

“Maknanya beliau bersedia untuk berdepan dengan sebarang cabaran pemilihan. Maksudnya Presiden sendiri berani.

“Saya ‘salute’ Datuk Seri Zahid kerana beliau tidak takut, beliau (sendiri) sebut ‘ready to fight’ iaitu sedia berdepan cabaran,” katanya dalam video berkenaan.

Sehubungan itu, Khairy berkata, sebarang usaha untuk membawa usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan adalah bertentangan dengan keberanian Ahmad Zahid.

“Maknanya kalau ada sebarang usaha untuk menutup demokrasi dalam umno dengan membawa usul supaya jawatan Presiden, Timbalan tidak dipertadingkan maka ia bertentangan dengan keberanian Presiden sendiri.

“Let be brave (jadilah berani), bukak semua jawatan dalam Umno untuk dipertandingkan dan buka runag demokrasi dalam parti,” katanya.

Dalam IGStory berasingan, Khairy turut memuat naik video pendek beliau bersalam dengan Ahmad Zahid, sebelum kedengaran Presiden Umno itu menyebut ‘ready to fight’.

Terdahulu media melaporkan, Khairy yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Rembau yakin Ahmad Zahid seorang ‘pejuang’ dan tidak akan sesekali gentar untuk menghadapi saingan sekiranya kedudukan sebagai presiden dicabar dalam pemilihan parti.

Justeru, Khairy berkata Umno seharusnya membuka ruang jawatan Presiden untuk dipertandingkan bagi mengekalkan demokrasi dalam parti politik Melayu itu.

Khairy berkata demikian mengulas tindakan 140 Ketua Umno Bahagian yang mengumumkan sokongan supaya dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan diadakan sebelum 19 Mei depan. – Malasyiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here