Tiada sorakan ‘boo’ ketika Zahid dedah 10 Ahli Parlimen Umno sokong Muhyiddin

0
2

TIADA sorakan ‘boo’ kepada nama-nama pemimpin Umno yang diumumkan menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika taklimat Presiden Umno, petang ini.

Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin Umno yang mengikuti taklimat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 berkata, suasana Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC) menjadi sedikit hingar bingar apabila perkara itu didedahkan.

Dalam taklimat itu, pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan memberitahu Malaysiapost, Ahmad Zahid mendedahkan nama 10 Ahli Parlimen Umno dan BN yang menandatangani akuan berkanun menyokong Muhyiddin selepas PRU15 lalu.

“Suasana menjadi hingar bingar, gamat sedikit. Namun tak ada lah sampai kecoh dan juga tidak ada yang kena boo pun.

“Saya yang berada dalam dewan itu menyangkal laporan berita yang kata 10 orang itu kena boo.

“Tak adalah sampai kecoh pun, taklimat berlangsung dalam keadaan yang kondusif dan tenang. Sesekali saja hingar,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapakah 10 Ahli Parlimen Umno dan BN yang disebut Ahmad Zahid itu.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Majlis Taklimat Presiden Umno yang berlangsung petang tadi, menjadi kecoh apabila Ahmad Zahid menamakan 10 orang berkenaan.

Malah, portal berita itu mendedah berlaku sorakan boo ketika nama mereka diumumkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here