Ceroboh Menara Merdeka 118: Video lama, ‘Youtuber’ sudah didakwa

0
3

VIDEO tular memaparkan sekumpulan lelaki menceroboh Menara Merdeka 118 adalah kejadian lama yang berlaku pada 1 Mei tahun lalu.

PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PNBMV) dalam kenyataan memaklumkan, kumpulan berkenaan sudah ditahan polis serta didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan pada hari yang sama.

Menurut syarikat itu, aksi tersebut menyalahi undang-undang dan berbahaya sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan pekerja di tapak pembangunan.

“Kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti.

“Kami ingin menekankan bahawa tapak Merdeka 118 masih aktif dengan kerja-kerja pembinaan dan keselamatan adalah keutamaan kami,” katanya.

Justeru, menurut kenyataan itu, PNBMV akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatannya.

Hari ini, media melaporkan pencipta kandungan YouTube, Driftershoots memuat naik video mereka memasuki menara tersebut yang dikatakan dilakukan pada 30 Disember lepas.

Video tersebut antara lain menunjukkan cara mereka menyelinap masuk ke dalam menara itu dan kemudian meraikan kejayaan selepas menawan menara tersebut.

Sebelum ini, tular aksi pasangan Rusia, Angela Nikolau dan Ivan Beerkus yang menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan.

Pasangan yang terkenal dengan aksi memanjat puncak bangunan itu menjadi bualan warga tempatan selepas gambar mereka di puncak menara itu dimuat naik di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here