“KHABIB akan menang! Saudaraku! Insya-Allah! – kata Cristiano Ronaldo semasa ditanya ramalannya berhubung perlawanan antara Khabib Nurmagomedov dan Justin Gaethje pada UFC 254.
Bintang Juventus itu kini menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 dan meluangkan masa dengan berlatih serta melayan peminatnya di Instagram.
Menerusi Instagram ‘live stream’ Ronaldo memilih Khabib, 32, untuk mempertahankan kejuaraannya.
“Sudah tentu, sudah tentu, Khabib akan menang! Saudaraku! Insya-Allah!,” kata Ronaldo.
Dua bintang ternama itu pernah bertemu pada 2018, ketika kedua-duanya bergambar dan Khabib memegang jersi bekas bintang Real Madrid itu. – Malaysiapost

