Hajiji terus kukuh sebagai KM Sabah, terima sokongan ADUN PH

0
3

KEDUDUKAN Kerajaan Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tidak tergugat meskipun wujud dakwaan pihak-pihak tertentu yang berusaha menubuh kerajaan baharu di negeri tersebut.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Hajiji telah menerima sokongan besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk terus menerajui tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

“Adalah difahamkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mendakwa telah memperolehi sokongan lebih separuh daripada ADUN Negeri Sabah untuk membolehkan kumpulan ini menubuh sebuah Kerajaan Negeri yang baharu.

“Sebagai makluman, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN Sabah untuk terus memimpin Kerajaan Negeri yang ada sekarang.

“Mereka termasuk kesemua tujuh ADUN Pakatan Harapan Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Masidi menegaskan, senario politik Sabah kekal stabil dan GRS bersedia membuktikan keabsahan kerajaan negeri sekiranya perlu.

“Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu.

“Suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here