Malaysia tingkat hubungan dengan Pakistan

0
3

MALAYSIA bersedia meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan termasuk menerusi mekanisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dinyatakan kepada rakan sejawatnya Shahbaz Shareef.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, beliau memaklumkan menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan itu dan mereka memperbaharui komitmen untuk meneroka potensi kerjasama baharu.

“Kami memperbaharui komitmen untuk meneroka potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Pakistan dalam pelbagai lapangan, termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, kebudayaan serta hubungan sesama rakyat.

“Saya turut menzahirkan kesediaan supaya Malaysia meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan termasuk menerusi mekanisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia dan Pakistan terus memperkukuh kerjasama dua hala sejak peningkatan tahap hubungan antara kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik pada 2019.

“Pakistan merupakan rakan dagangan penting di Asia Selatan dengan nilai dagangan dua hala mencecah USD1.42 bilion pada tahun 2021,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here