Selepas gedung terbakar, Jakel dilapor akan menguasai saham Cypark

0
2

SELEPAS gedung tekstil di Shah Alam terbakar, Jakel dilaporkan akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat Cypark Resources Bhd.

Menurut laporan portal berita The Edge yang memetik sumber memaklumkan bahawa, cabang pelaburan Jakel iaitu Jakel Capital bakal menguasai 30 peratus saham Cypark yang diterbitkan.

Bagaimanapun laporan portal itu yang memetik sumber berasingan mendakwa bahawa Jakel hanya akan menguasai 15 peratus saham saja.

“Suntikan modal oleh Jakel akan menjadi talian hayat kepada Cypark,” kata sumber seperti dilaporkan The Edge.

Pada 1 Januari lalu, sebuah gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, di Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran berlaku awal pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata kebakaran berkenaan telah memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat itu, namun tiada mangsa terlibat.

Norazam berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada 7.08 pagi tadi.

“Susulan itu sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus. Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam,” katanya dalam kenyataan.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here