Fatin Afeefa pilih suami sebab hensem, comel

0
3

PELAKON Fatin Afeefa, mengaku memilih Aliff Awang sebagai pasangan hidup bukan disebabkan kekayaan dimiliki suaminya.

Sebaliknya, Fatin, 28, menerima Aliff atau lebih mesra disapa Opai disebabkan wajahnya yang kacak dan comel.

Beliau mendedahkan suaminya bukan satu-satunya lelaki kaya yang pernah mendekatinya sebelum ini.

“Saya nak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya yang pertama yang mendekati saya. Tapi awak yang paling hensem. Jadi saya kahwin dengan awak sebab hensem, comel.

“Saya pejam mata pun, saya boleh rasa hensem awak tu. Kaya nombor dua,” katanya menjawab pertanyaan diajukan Opai menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG).

Terdahulu, Opai bertanyakan kepada Fatin mengenai faktor dirinya tertarik memilihnya sebagai suami.

Penjelasan Fatin menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dirinya memilih Aliff sebagai suami kerana tertarik dengan kereta mewah dimiliki jejaka itu.

Aliff dan Fatin bernikah pada 30 Disember lalu dengan sekali lafaz pada majlis yang dianjurkan di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.

Fatin pernah berkahwin dengan pelakon drama Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here