Agnez Mo artis paling kaya di Indonesia

0
3

PENYANYI dan pelakon yang semakin mencipta nama di pentas antarabangsa, Agnes Monica yang kini mahu dikenali Agnez Mo, dinobat selebriti paling kaya di Indonesia dengan jumlah harta mencecah 450 bilion Rupiah (RM12.7 juta).

Kekayaannya tidak boleh disangkal kerana Agnez mula menempa nama dalam industri seni seawal umur enam tahun menerusi muzik dan juga sebagai pengacara.

Selain itu, penyanyi berusia 34 tahun itu menjalankan perniagaan sendiri dalam arena fesyen dan bidang makanan.

Agnez yang popular dengan lagu Tak Ada Logika tidak hanya menumpukan bidang nyanyian, malah melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Drama siri lakonannya sering mendapat tempat di kaca televisyen tempatan, malah disiarkan di Malaysia sehingga mempunyai peminatnya yang tersendiri,

Bukan hanya menempa nama di Indonesia, Agnez atau nama sebenarnya Agnes Monica Muljoto pernah bekerjasama dengan beberapa bintang dunia terkenal antaranya Timbaland dan Chris Brown.

Dalam masa sama, peminat menyifatkan Agnez selebriti yang merendah diri dan tidak mempamerkan kekayaan kepada umum.

Ini kerana, ada segelintir selebriti yang gemar jika media melaporkan kekayaan mereka dan suka mempertontonkan gaya kehidupan yang mewah. – Malaysiapost