Gerai roti canai popular diarah tutup

0
2

GERAI roti canai popular di Georgetown, Pulau Pinang diarah tutup selama dua minggu berkuatkuasa hari ini sehingga 16 Januari susulan tahap kebersihan tidak memuaskan.

Notis penutupan itu dimaklumkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, yang mengarahkan sebuah gerai roti canai popular di pusat bandar di ditutup selama dua minggu.

Pengerusi Jawatankuasa Agro-Tech dan Keselamatan Makanan, Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, gerai itu diarahkan tutup susulan tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Notis penutupan selama 14 hari ini dikeluarkan BKKM Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut yang memeriksa premis berkenaan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

”Arahan penutupan ini dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, pemilik gerai juga perlu melakukan kerja-kerja pembersihan dan gerai ini turut dikenakan kompaun RM500,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai gerai roti canai popular berkenaan yang dikatakan mengabaikan kebersihan ketika menyediakan roti canai untuk para pelanggan.

Pelanggan yang memuat naik video berkenaan mempersoalkan kebersihan di gerai itu selepas mendapati telur-telur yang digunakan di gerai itu telah pecah.

Media melaporkan, gerai berkenaan pernah dikompaun pada 2019 kerana mengabaikan kebersihan namun tidak membabitkan penutupan premis kerana persekitarannya masih berada dalam keadaan baik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here