Masih ada teruskan budaya lama kutip ‘habuan’ – Anwar

0
2
Anwar Ibrahim

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada barisan Kabinet dan penjawat awam yang melakukan kecuaian ketika melaksanakan tugas.

Perdana Menteri menjelaskan, peringatan tersebut dibuat berikutan beliau mendapati masih ada kumpulan kecil yang masih meneruskan budaya ‘lama’ di peringkat pentadbiran.

Katanya, kecuaian berkenaan termasuk mengutip ‘habuan’ atau saguhati dalam sesuatu urusan.

“Saya beritahu kepada rakan-rakan menteri tadi ada kelompok kecil yang masih cuai dan meneruskan adegan lama mengutip habuan meletakkan kos tambahan dan menentukan ada hadiah besar.

“Saya mohon kerjasama sepenuhnya kerana percayalah saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang telah meroboh dan merosakkan negara kita selama ini,” katanya

Beliau berkata demikian dalam ucapan Munajat Tahun Baharu di Masjid Putra, di Putrajaya malam ini.

Anwar yang tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 6.20 petang tadi, turut solat maghrib dan isyak berjemaah dengan kira-kira 2,000 jemaah di Dewan Solat Utama Masjid Putra.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar.

Sementara itu, Anwar turut meminta semua yang terlibat faham akan budaya kerja baharu Kerajaan Perpaduan yang ingin dibawanya dalam menangani budaya rasuah di negara ini.

“Saya mohon kerjasama kerana sejumlah besar penjawat awam dan badan penguatkuasaan mengerti dan faham tetapi kelompok kecil ini mesti dihapuskan.

“Mudah-mudahan ada keinsafan untuk melakukan perubahan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here