Jangkitan Covid-19 turun 423 kes, 6 kematian

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KES jangkitan Covid-19 terus menunjukkan penurunan dengan 423 kes baharu direkodkan semalam berbanding 480 sehari sebelumnya.

Untuk dua hari berturut-turut, jangkitan baharu Covid-19 terus turun dan kekal di bawah 500 kes.

Berdasarkan data di portal KKMNOW, sejumlah 421 kes jangkita baharu melibatkan kes tempatan dan dua lagi kes import.

Portal KKMNOW turut maklumkan enam kematian dilaporkan dengan satu kes di luar fasiliti hospital (BID).

Kes aktif juga terus turun ke 13,401 berbanding 13,818 kes direkodkan hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 12,672 kes atau 94.6 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 686 pesakit mendapat rawatan di hospital.

Seramai 43 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 19 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 834 kes sembuh turut direkodkan semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here