HARIMAU Malaya mempamerkan aksi tangkas apabila membelasah Laos 5-0 dalam perlawanan kedua Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
Anak buah Kim Pan Gon berjaya menggembirakan kira-kira 30,000 penyokong negara yang hadir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua Malaysia sekali gus mengungguli Kumpulan B dengan enam mata.
Malaysia memulakan perlawanan dengan barisan pemain lebih segar apabila Pan Gon membuat percaturan menurunkan lapan pemain berbeza dalam kesebelasan utama ketika menentang Myanmar, Rabu lalu.
Penyerang neutralisasi Sergio Aguero membuka jaringan pertama Harimau Malaya pada minit ke-29 yang menyudahkan hantaran lintang Nor Hakim Hassan sekali gus menewaskan penjaga gawang Laos, Keo Souvannasangso yang baru berusia 19 tahun.
Bersambung babak kedua, Malaysia terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Laos yang dipimpin Ketua Pasukan, Safawi Rasid.
Pan-gon melakukan pertukaran taktikal dengan mengeluarkan Sharul Nazeem dan Mukhairi Ajmal digantikan dengan Brendan Gan dan Lee Tuck untuk menambah sengat di bahagian serangan.
Ternyata percaturan itu membawa hasil apabila Faisal Halim yang tidak dikawal menanduk masuk gol kedua Malaysia pada minit ke-65 setelah menerima hantaran jauh daripada Safawi.
Kubu Laos terus dirobek Harimau Malaya sekali lagi, berselang tiga minit Faisal Halim sekali lagi melompat tinggi menyambar hantaran Nor Hakim dengan tandukan penyudah yang menggegarkan gawang lawan buat kali ketiga.
Kemasukan pemain muda Haqimi Azim Rosli ternyata berbaloi apabila melakukan ‘debut’ sempurna dalam pasukan kebangsaan apabila memerlukan lima minit untuk mencipta gol sulungnya untuk negara sekali gus menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-80.
Namun Harimau Malaya yang masih belum ‘kenyang’ tidak memberi muka kepada lawan apabila Stuart Wilkin melengkapkan malam gemilang Malaysia dengan gol kelima pada minit ke-87.
Susulan kemenangan ini, Malaysia kini di tangga teratas Kumpulan B selepas dua kemenangan dan kekal tanpa bolos manakala Laos kekal di tangga terbawah dengan dua kekalahan tetapi dibezakan jumlah bolos dengan Myanmar.
Sementara itu, satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan Singapura berjaya mencatat kemenangan pertama selepas membenam Myanmar 3-2 di Stadium Jalan Besar Singapura. -Malaysiapost

