Hannah minta KJ kongsi pengalaman, idea ketika terajui KBS

0
2

PERTEMUAN Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh duduk minum semeja bersama Khairy Jamaluddin menarik perhatian warga maya, hari ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Hannah memaklumkan perjumpaan itu bagi berkongsi pandangan, mendengar idea dan pengalaman Khairy ketika mentadbir Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Terima kasih kerana meluangkan masa. Saya percaya kepada kepimpinan inklusif terutamanya untuk portfolio seperti belia dan sukan,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, pengguna Twitter memandang perjumpaan semeja pemimpin Umno dan DAP itu adalah gambaran positif kepada lanskap pentadbiran negara dan politik semasa.

Dalam masa sama, warga maya berkata ianya perlu dicontohi pemimpin lain perlu memulakan langkah baharu dalam menyuntik semangat perpaduan dalam kerajaan.

“Permulaan yang baik @hannahyeoh. Secara umumnya penyelarasan antara agensi adalah perlu bagi mendapatkan sumber yang strategic dalam usaha memulihkan negara,” kata Mohd Atasha.

“Terbaik… Malaysia ke arah Kerajaan Perpaduan bukan dominan dari satu pakatan sahaja. Kumpul pemimpin dalam satu kerajaan walaupun bukan dari parti sama,” ujar Mohd Zaki Shaari.

Dalam masa sama, terdapat juga cadangan agar Hannah dan Khairy bekerjasama bagi menaikkan KBS untuk belia.

“Buat larian perpaduan satu YB. Larian santai bersama YB dan KJ. Kami boleh tolong anjurkan kalau perlu, sudah tujuh tahun kami buat larian F2F dan virtual,” kata Chris.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan bermula 2013 hingga 2018 sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here