Hamzah nak ‘scam’, dakwa Fahmi

0
2

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin cuba melakukan ‘scam’ berhubung isu homoseksual didakwa disiar media Itali.

Fahmi turut mempersoalkan kesahihan laporan tersebut memandangkan katanya, penduduk Itali selama 33 tahun sendiri tidak pernah mendengar nama media tersebut.

“Hati-hati Hamzah nak scam.

“Rupa-rupanya orang Itali pun tak pernah dengar nama ‘Agenzia Nova’ ni,” tulis Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu semalam Hamzah memetik laporan didakwa dikeluarkan sebuah portal berita di Itali yang mengaitkan Anwar dengan kegiatan homoseksual.

Hamzah yang Setiausaha Agung Bersatu turut mendesak Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap portal tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here