Wanita cekal, sanggup gendong suami dari tingkat empat ke hospital

0
2
Foto kredit: FACEBOOK LZS

KISAH kecekalan seorang wanita mengendong suami menuruni tangga rumahnya di tingkat empat untuk ke Hospital Serdang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Kisah guru agama dikenali Nik Junainah itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook rasmi LZS, hari ini.

Seorang wanita mengendong suami menuruni tangga rumahnya di tingkat empat untuk ke Hospital Serdang. foto kredit: HAMAATULHAMZAH

“Nik Junainah, seorang isteri yang taat pada suami tercinta, berkongsi di waktu susah dan sukar.

“Walau dalam situasi seorang yang berkerjaya sebagai seorang guru agama, namun tanggungjawab utamanya terhadap suami tetap dijalankan,” tulis LZS dalam hantaran berkenaan.

Menurut LZS, Junainah akan melakukan rutin berkenaan sebanyak empat hingga lima kali sebulan untuk memastikan suaminya mendapat rawatan sewajarnya di hospital.

Pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) melawat Nik Junainah dan suami. foto kredit: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

LZS berkata, suami Junainah mengalami masalah kesihatan termasuk menghidap psoriasis (masalah kulit kronik), sakit sendi dan hati sejak 12 tahun lalu.

“Jika dilihat pada sosok tubuh serta keupayaan seorang wanita, tidak mampu untuk mengendong, memapah tubuh yang tidak berdaya. Tetapi dengan kecekalan atas dasar tanggungjawab, segalanya menjadi mudah.

“Selain menguruskan suami yang sakit, juga menguruskan dua orang anak yang masih bersekolah. Dengan pendapatan sebagai guru agama ditambah sedikit elaun PERKESO yang diterima.

“Dengan sumber kewangan itu, sebahagiannya digunakan untuk membiayai pinjaman perumahan, rawatan dan keperluan harian,” katanya.

Justeru, LZS berkata, keluarga berkenaan layak didaftarkan sebagai asnaf miskin dan akan menerima bantuan kewangan, ansuran rumah serta bantuan perubatan bulanan untuk rawatan penyakit.

Pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberi sumbangan kepada Nik Junainah. foto kredit: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

“Kerusi roda serta katil khas juga akan diberikan kepada suaminya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here