Tanah runtuh: 37 mangsa berjaya diselamatkan

0
2

SERAMAI 37 mangsa berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang, dalam kejadian tanah runtuh awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis, berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Beliau berkata, tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

“Maklumat awal pihak polis terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

“Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan bersama pasukan STORM,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook John Mohamed

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here