Tanah runtuh: 2 maut, 3 cedera dan 51 masih hilang

0
1

[TERKINI] DUA disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Kemaskini perkembangan insiden itu dimaklumkan melalui laman Facebook Korporat JBPM yang memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, sebentar tadi.

“Maklumat dikemaskini setakat jam 7 pagi tadi, sejumlah 79 mangsa berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.

“Seramai 23 mangsa selamat, dua orang meninggal dunia dan tiga cedera dan 51 orang masih tidak ditemui,” menurut kenyataan itu.

JBPM berkata, usaha mencari dan menyelamat diteruskan dengan bantuan agensi lain termasuk Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, polis, APM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan SMART.

“Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemaskini sehingga operasi selesai,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, kejadian tanah runtuh itu berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.

Difahamkan, ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan 0.4 hektar. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Korporat JPBM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here